airmien


Beza Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Cinta

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak tau saja)

Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Biasa orang selalu tersilap tafsir antara cinta, sayang, suka dan minat. Jadi, tidak salah kalau kita kata sayang kepada orang yang banyak berkongsi rahsia dan jadi telinga walaupun sekejap kepada kita.

Moga hidup kita diberkati-Nya. Amin..


Berganding Tangan

Berganding Tangan

by ACAB

Lihatlah di sekeliling

Warna-warna yang berpalit

Dahulu dan sekutu saling berjanji

Berjuang sehidup semati

Kerana hasutan juga hasad dengki

Sanggup menjatuhkan sesama sendiri

Haruskah kita biarkan

Kemewahan dihanyutkan

Terus menerus menyaksikan

Si petualang menghancurkan

Hanya kita dapat membina semula

Apa yang telah dihancurkan olehnya

Kita datang dari arah yang sama

Kini kau enggan bertentang mata

Hanya kita berhak untuk menentukan

Kita punya masa hadapan

Berganding tangan

Kita jayakan

Kita kembalikan

Zaman-zaman kegemilangan

Berganding tangan

Kita saksikan

Segala impian

Kita jadikannya kenyataan

Kita datang dari arah yang sama

Kini kau enggan bertentang mata

Hanya kita berhak untuk menentukan

Kita punya masa hadapan

Berganding tangan

Kita jayakan

Kita kembalikan

Zaman-zaman kegemilangan

Berganding tangan

Kita saksikan

Segala impian

Kita jadikannya kenyataan (Ulang 2x)


Aku:Aku

[.]

Aku penat..

Biarlah aku tidur..

Letih dengan semua ini..

[..]

Biarlah aku tidur..

Jangan ganggu aku lagi..

Esok aku kena bangun lagi..

[...]

Letih:Penat


Lalalala..

Beberapa minggu nie aku tidak sihat..mental dan fizikal..

dengan penat training silat, membawa kepada lab report

yang entah ke mana lagi..assignment nasib baik dah siap

hantar..Alhamdulillah..nampak gayanya, mula bulan feb

nie aku kene bertapa dalam library, buat revision sket..

blur tetap blur..dengan student yang buat bising dalam

library, buat aku rasa nak melalak je dalam tue..hehe..

sekali-sekala buat kerja gila, apa salahnya..

aku diminta jadi ajk dalam persatuan yang baru je

2 minggu ditubuhkan di universiti aku..tidak boleh

jadi ajk tertinggi yang 4 tue kerana aku terikat

dengan negeri..ada 2 tahun lagi sebelum expired..

tapi takpe la, sekurangnya, pengalaman yang aku

ada dapat dikongsi dengan ahli yang lain..Syukran

Ya Allah..

Aku harap harap, aku jadi sibuk dan jadi sibuk..

terima kasih kepada sesiapa yang telah mengunjungi

blog aku..nanti aku masukkan lag..yang terbaik yang

dapat aku cari..Insya Allah..


Blur

Aku blur..mungkin kerana situasi aku sekarang

tidak mengizinkan aku bergerak aktif dalam benda

berkenaan..tidak mungkin aku dapat melupakan

benda tue kerana ianya satu keperluan kepada umat

manusia yang ada perasaan..apa pun, aku harap

ianya tidak menghanyutkan aku dalam menempuh

hidup ini..


I’tiraf

I’tiraf

Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa ‘alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil ‘adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


Penat dan Letih

Dua tiga menjak nie rasa semacam letih dan penat je..

ados..berehat jap..kalau rasa nak masuk dalam frenster

nie, masuk je..rasanya tidaklah aktif macam dulu lagi..

——————————————-

p/s: senyum seceria suria


Novel

Aku dah lama tak baca novel sejak akhir-akhir ini..

Hehe..Ada buku yang dah dibeli sebelum final

exam lepas tapi tak habiskan lagi.. 2-3 hari lepas,

beli lagi novel baru.. Cite pun agak enjoy gak la..

Dalam frenster nie, ada seorang peminat novel

bertanya kat aku, mana nak dapatkan novel yang

dah berada lama di pasaran.. Dia duduk di Ireland

sekarang, mungkin balik akhir tahun nie.. Nak dapatkan

novel yang lama, aku tidak pasti tapi aku dah berikan

blog seorang penggemar novel kepada dia.. Huhu..

Nampak gaya, aku pun boleh gak menulis novel tapi

topik tak tahu lagi nak gunakan atau tulis pasal apa..

p/s: novel is novel.. baca novel untuk hilangkan

tekanan dan bosan..


Aku

Siapa yang tahu macam mana aku yang sebenar?

Gila sket sikit kan? Mungkin itu yang dapat

aku ceritakan sikit sebanyak pasal diri aku..

Aku buat berdasarkan apa yang aku minat,

mungkin pada pandangan orang, tiada faedah..

Ada yang bangkang apa yang aku luahkan mungkin

tempelak sedikit sebanyak nukilan aku dalam

bulletin.. Gila bukan? Well.. Tak perlu aku nak cakap

banyak sehingga buat orang jemu.. Done..

p/s: pandai bercakap, bukan bercakap pandai..


Perginya Seorang Usahawan Dari Kelantan

Hari Rabu lepas, 29hb10 2008, saya mendapat panggilan telefon dari kakak yang berada di Kota Bharu,Kelantan pada pukul 6.12ptg mengatakan bahawa Dato’ Aman Razak, seorang usahawan kereta yang terkenal di Kelantan telah meninggal dunia kerana sakit jantung..Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau adalah pada raya Aidilfitri yang ke-3 (kalau tidak salah) di rumah beliau di Cherang, Kota Bharu..
Keadaan beliau ketika itu, mungkin Allah lebih mengetahui setiap kejadian-Nya, ceria dan sempat lagi bergurau dengan anak saudara dia, abang ipar saya dan kakak saya..Saya sempat mengambil gambar beliau dengan abang ipar dan kakak dihadapan perkarangan rumah beliau di Cherang..Saya hanya bergambar dengan kereta isteri beliau, Cik Jue untuk kenangan dan memberi sedikit perangsang kepada diri bahawa usaha gigih berterusan tanpa jemu dan di samping sikap yang tidak sombong akan mendatangkan kebaikan kepada diri..Insya Allah..
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya keatas roh beliau.. Al-Fatihah..